DSZ2

 YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

Pengasas Sekolah Menengah imtiaz Ulul Albab Melaka

merangkap Menteri Dalam Negeri Malaysia

 

Sekolah Menengah imtiaz Ulul Albab Melaka ini diasaskan penubuhannya oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datoh, Perak. Sekolah yang terletak di Masjid Tanah ini mengguna pakai sistem dan konsep Sekolah imtiaz terawal di Malaysia iaitu imtiaz Besut, Terengganu yang diilhamkan oleh Dato' Seri Hj Idris bin Jusoh, mantan Menteri Besar Terengganu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh merangkap Ketua Umno Bahagian Besut. 

Sekolah Menengah imtiaz Ulul Albab Melaka adalah sebuah sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diuruskan oleh Y2G - Ulul Albab Center of Excellence yang diketuai oleh YBhg Datuk Hisham Bin Abd Majid (Pengerusi Y2G - Ulul Albab Center of Excellence).

Hasrat untuk menubuhkan sekolah ini sudah tercetus semenjak tahun 2008 lagi iaitu sewaktu YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah waqaf seluas 3 ekar kepunyaan keluarga isteri kepada YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi iaitu Datin Seri Hamidah Binti Khamis di Masjid Tanah, Melaka. Tanah waqaf ini terletak bersebelahan pusara kedua-dua mertua beliau.

 

003

Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah imtiaz Ulul Albab Melaka pada 2011

 

Sekolah ini mula beroperasi pada tanggal 25 Februari 2012 apabila menerima kumpulan pertama pelajar Tingkatan Satu seramai 89 orang. Kumpulan pelajar perintis ini diterima masuk setelah melalui proses saringan termasuk ujian IQ, ujian hafazan dan temuduga dengan pelajar. Ibubapa juga turut ditemuduga bagi mengenalpasti minat dan bagi mendapatkan komitmen dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka.

Sistem pendidikan yang diguna pakai di imtiaz Melaka ini adalah berkonsepkan gabungan dwi-aliran iaitu Kurikulum Kebangsaan yang digabungkan dengan Program Al-Quran termasuk subjek subjek agama yang dirangka mengikut kesesuaian serta keperluan semasa.

mb-14-206x300

YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Pengasas  imtiaz  Terengganu

 

Pada permulaan, yuran yang dikenakan adalah cukup minimum iaitu Yuran Program, Aktiviti & Material (PAM) berjumlah sebanyak RM100.00 (Satu Ratus Ringgit sahaja) sebulan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak kami dari masa ke semasa dan dinasihatkan agar pemohon sentiasa mengikuti perkembangan melalui website ini.