Definisi Ulul Albab

Satu golongan yang mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

Objektif Ulul Albab

Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan golongan Ulul Albab yang bercirikan tiga komponen iaitu:

Quranik

Hafiz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS).

Ijtihadik

Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif & inovatif serta berteknologi tinggi.

Ensiklopedik

Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu & bahasa asing.

Model Ulul Albab




Kami mengguna pakai konsep Program Ulul Albab yang telah di laksanakan di imtiaz Besut.